Pages

Monday, January 25, 2010

7 wajah dalam kubur

Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah
melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang
paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat
lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat
mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja.

Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya
derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta
yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram.
Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa
hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah
mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh

Wednesday, January 20, 2010

Surat Dari Iblis

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)
(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)
SURAT DARI SETAN UNTUK MU
Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah
cara hidupmu.
Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu
dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepada
NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani
Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang
dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat
dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini
dengan siapapun

Sunday, January 17, 2010

Kami Tidak Akan Menyerah

Kami tidak akan menyerah dan semangat kami tidak pernah luntur dalam mempertahankan kedaulatan Agama Islam dan Bumi Palestin .Begitulah lebih kurang lirik didalam lagu Michael Heart yang diciptanya .Cuba dengarkan lagu ini sambil menyumbang ke Tabung Palestin .Lagu ini mendapat sambutan hangat di seluruh dunia ,pada mulanya bayaran dikenakan bagi mendownloadnya , namun oleh kerana terlalu ramai yang mendownload pencipta lagu ini telah membuka linknya percuma dan setelah mendownload bolehlah anda menyumbang kemana2 tabung Palestin sebagai tanda prihatin anda .Anda boleh mendownload lagu ini di link yang disertakan :



WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they are dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

http://www.michaelheart.com/Song_for_Gaza.html

Thursday, January 14, 2010

Disini ada saya sediakan sebuah ceramah Agama oleh Ustazah Siti NorBayah

Sila Download melalui link dibawah ini :

http://uploading.com/files/786ef43f/5%252BTips%252BSuami%252BIdaman.zip/

Tuesday, January 12, 2010

Misteri Di Sebalik Kematian Seorang Polis (kisah benar)

Apabila disebut sahaja perkataan ‘polis’, apakah yang terbayang di fikiran anda ? Majoriti dalam masyarakat akan lebih cenderung untuk membayangkan perkara-perkara yang negatif tentang pasukan beruniform ini. Seperti pengawas di sekolah, polis juga digambarkan sebagai komuniti yang suka mencari kesalahan orang lain. Setiap apa yang kita lakukan, akan diperhatikan oleh mereka setiap masa. Tetapi, adakah tanggapan ini benar ? Mungkin peristiwa yang benar-benar berlaku ini boleh mengungkap sedikit perkara yang anda perlu tahu tentang pasukan penguatkuasa ini.


Kisah benar yang diceritakan oleh : Ustaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim

Sebaik sahaja selesai dimandi dan muka Arwah dilap, mata saya terpaku menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di hadapan mata saya.

Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Arwah yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah yang berusia 30-an. Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Arwah meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang seronok

Lama saya terpegun menatap wajah Arwah. Cukup hebat kekuasaan Allah swt hingga dalam waktu beberapa detik sahaja wajah yang sudah berkedut diubah-Nya menjadi kembali muda dan tampan. Saya terus menatap wajah dari hujung rambutnya hingga ke hujung dagu dengan rasa yang amat kagum di atas kebesaran Allah swt dan kemuliaan Arwah.

Tanpa disedari, orang semakin ramai dan berpusu-pusu menziarahi Arwah. Seperti saya, mereka juga berebut-rebut untuk menatap wajah Arwah. Dan seperti saya juga, setiap mata yang memandang Arwah pasti akan terus terpaku kepadanya. Sebilangan besar mereka juga tertanya-tanya, benarkah jenazah yang terbaring di hadapan mereka itu adalah Allahyarham.

Eh, betul ke bapa awak yang meninggal dunia ? Bukan adik ? Tanya salah seorang daripada mereka yang nyata tidak dapat mengecam wajah Arwah.

Betul, itu ayah saya, jawab anak Arwah. Bukan dia seorang, malah kebanyakan yang menziarahi Arwah juga begitu. Keseronokan segera terpancar di hati kami. Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan jenazah, saya seperti tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan pengurusan jenazahnya. Sementara keluarga, saudara-mara dan orang ramai yang menziarahi Arwah terus ingin menatap wajah Arwah.

Walaubagaimanapun, yang pergi perlu diuruskan juga. Jenazah Arwah kemudiannya dikapan dan seterusnya dikebumikan. Sepanjang urusan tersebut, suasana cukup tenang, aman dan menyeronokkan. Tidak ada sebarang masalah yang kami tempuhi, malah orang ramai seperti berebut-rebut ingin membantu urusan pengkebumian jenazah arwah.

Kembali dari pengebumian Arwah, fikiran saya terus menerawang mengingati kemuliaan Allah swt berikan kepada jenazah Arwah. Begitu sekali balasan yang Allah swt berikan kepadanya.

Namun bagi kami yang mengenali Arwah, memang layaknya dia diberikan kemuliaan sedemikian rupa kerana semasa hidupnya, Arwah memang seorang yang bertaqwa. Riwayat hidupnya dipenuhi dengan amal ibadah, bukannya perbuatan-perbuatan mungkar.

Arwah adalah bekas pesara polis yang bertugas di Bahagian Perhubungan Awam, salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Semasa hayatnya, Arwah sangat dihormati kerana beliau merupakan seorang yang pemurah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Tugasnya sebagai pegawai polis digunakan sepenuhnya bagi membantu orang ramai.

Arwah tidak pernah berkata ‘tidak’ bagi setiap orang yang meminta pertolongan, walaupun mereka datang pada jam 2 – 3 pagi. Dikejutkan pada waktu tengah malam dan dinihari ketika di luar tugas juga adalah perkara biasa bagi Arwah dan setiap tetamu yang datang disambutnya dengan muka yang manis.

Ketika orang lain sedang nyenyak tidur , dipeluk kedinginan pagi dan dibuai mimpi, arwah bersengkang mata membantu orang yang datang meminta bantuannya. Dia tidak pernah merungut malah bersedia membantu mereka dengan hati yang gembira.

Selain Arwah, isterinya juga bersikap demikian. Mereka berdua tidak pernah lekang daripada membuat amal jariah, membantu anak-anak yatim dan pelajar-pelajar universiti dengan mengambil mereka sebagai anak angkat. Anak yatim dan anak angkat yang mereka pelihara telah berjumlah puluhan orang.

Melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Pasti ada sahaja orang yang iri hati dan berprasangka buruk. Walaupun bermacam-macam tomahan dan kata-kata yang cuba melemahkan semangat, namun mereka tidak mengambil peduli. Malah dia tetap seperti biasa membantu orang yang memerlukan pertolongannya.

Bagi Arwah, menghulurkan bantuan lebih besar nilainya daripada wang ringgit. Arwah juga tidak berkira langsung dari segi wang ringgit hinggakan jika tidak mempunyai wang, Arwah sanggup meminjam daripada anak-anak atau isterinya. Ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar demi membantu insan lain. Gaji Arwah bukanlah besar, tanggungannya juga bukan ringan, namun Arwah tidak pernah menunjukkan kesusahannya kepada orang lain.

Selain itu, Arwah juga dikenali masyarakat sebagai seorang yang warak. Beliau adalah merupakan seorang imam surau semasa hayatnya.

Walaupun sudah beberapa tahun Arwah pulang menghadap Ilahi, namun sehingga kini orang masih menyebut-nyebut tentang kebaikannya. Anak-anak angkat Arwah juga masih datang ke rumahnya, bermalam sewaktu cuti dan berhari raya bersama keluarga di situ. Jangan menganggap keakraban itu sebagai biasa kerana sebilangan daripada anak-anak angkat Arwah berasal dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang dari ibu kota ini.

Kemuliaan yang Allah swt berikan kepada Allahyarham itu mengingatkan saya bahawa di dalam syurga nanti tiada orang-orang yang tua. Semua penghuni syurga muda-muda belaka, tampan, cantik dan menawan. Adakah iktibar ini yang ditunjukkan oleh Allah swt menerusi keajaiban yang berlaku ke atas jenazah Arwah ?

Walaupun peristiwa itu berlaku lima tahun yang lalu, namun kesempatan menguruskan jenazah Arwah adalah satu kepuasan kepada saya. Itulah pengalaman paling menarik sepanjang penglibatan saya sebagai sebagai pengurus jenazah. Ia sungguh bermakna dan memberi keinsafan kepada diri saya.

**subahanaAllah**

Friday, January 8, 2010

Kebesaran AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.





Mengikut cerita yang diterima oleh IzoBlog, di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, Anai-anai telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun. Keseluruhan kulit naskah Al-Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh anai-anai termasuklah terjemahan al-Quran tersebut didalam bahasa Urdu.
Apa yang menakjubkan ialah anai-anai tersebut lansung tidak menyentuh huruf-huruf asal al-Quran yang ditulis dalam bahasa Arab. Subhanallah!

Kisah teladan Mustapha kamal attaturk

Sebab-sebab kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah antaranya ialah kelemahan pemimpin dan pemberontakan.. Antara yang menjatuhkan kerajaan ini ialah MUSTAPHA KAMAL ATTATURK

Antara syarat yang dikenakan olehMustapha KamalAttaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi
(sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

­
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan

Antaranya ialah
1. Didatangkan penyakit kulith ingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan
2. Sakit jantung
3.Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya)

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk

Wednesday, January 6, 2010

Keajaiban & misteri di gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
internet advertising
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52).
Diambil dari :Ustaz Halim ( inijalanku.wordpress.com )