Pages


Saturday, October 30, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


CINTA





Apabila timbulnya masalah dalam sesuatu perhubungan, pastinya masing-masing cuba untuk mengatasinya. Ketika itulah pelbagai cara yang difikirkan. nak merayu, takut tak dilayan. nak minta maaf, takut tak dimaafkan. nak mengharapkan sesuatu, takut harapan tu akan berkecai.





susah rupanya bila bercinta. lagi susah apabila orang yang dicintai itu adalah orang yang paling bermakna dalam hidup. dan bertambah susah lagi apabila orang yang bermakna itu bakal meninggalkan kita keseorangan. hidup dah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya.



manusia yang hilang arah tujunya. insan yang hilang tempat untuk berpaut. ibarat pohon yang tiada sokongan. layu lalu terus mati tanpa



rasa belas kasihan.





apabila menyintai seseorang, perkara pertama yang paling diharapkan adalah kasih sayang daripada insan yang dicintai. selain itu, sokongan dan keprihatinan yang diperlukan dalam apa jua keadaan sekalipun terutama sekali ketika berada di saat-saat genting.





pada saat kita memerlukan seseorang yang boleh berada di samping kita di kala suka mahupun duka. insan yang kita boleh harapkan. insan yang



akan menyayangi kita lebih daripada kasih sayang yang pernah kita perolehi selama ini. kasih sayang yang tiada tolok bandingnya. dengan kasih sayang itulah, kita mampu berdiri teguh. dengan kasih sayang itu jugalah, kita mampu melawan segala dugaan, rintangan dan ujian yang bakal kita tempuhi.





kasih sayang itulah yang menjadi penawar dalam hidup kita. biar racun sekalipun yang kita telan, segalanya dapat diatasi dengan kasih sayang tersebut. begitu bermakna sekali kasih sayang itu dalam hidup kita. sekali kita mengecapinya, jangan cuba untuk melepaskannya. kerana sekali kita melepaskan kasih sayang itu, tidak mungkin kita



akan perolehi kasih sayang yang sama daripada insan lain biarpun insan itu jauh lebih sempurna daripada yang sebelumnya.





sekali insan yang hadir dalam hidup kita adalah insan yang paling kita perlukan, jangan sekali-kali melepaskannya kerana tidak mungkin kita akan



berjumpa dengan insan yang sama biarpun insan yang selepasnya dapat memberikan kita kasih sayang yang tidak terhingga. ibarat pepatah 'Patah Tumbuh Hilang Berganti'. yang tumbuh takkan sama



dengan yang patah. begitu jugalah dengan yang menggantikannya. takkan sama dengan yang hilang.





hidup di alam percintaan memerlukan pengorbanan yang besar. percintaan yang ikhlas kerana Allah S.W.T adalah percintaan yang diredhai dan diberkati, insya-Allah. namun, bukanlah bila bercinta kita sanggup mengorbankan segala-galanya.





cinta sejati memerlukan pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak. bukan dengan mengorbankan diri kerana insan yang dicintai, tetapi dengan mengorbankan hati dan perasaan kita hanya kepada insan yang kita cintai.





ketika itulah, kita sedar bahawa betapa besarnya kuasa cinta itu sendiri. lebih-lebih lagi apabila percintaan itu berlandaskan syariat dan batasan-



batasan dalam Islam. percintaan yang hanya berlandaskan nafsu dan maksiat adalah percintaan yang sia-sia. bukan setakat hilangnya maruah diri, namun hidup kita tidak dirahmati oleh Allah S.W.T (



nauzubillahi minzalik ).





bila bercinta, pastinya hidup ini begitu indah. dalam keindahan itulah, pelbagai ujian yang datang. jika kita bercinta kerana Allah, pastinya kita sedar apa yang kita lakukan. jika kita bercinta kerana nafsu, pastinya syaitan datang mengganggu.





kerana itulah, dalam tak sedar kita melakukan maksiat sekalipun hanya berpegangan tangan. mungkin bagi sesetengah manusia, itu adalah



perkara biasa. namun, dalam Islam hukumnya tetap haram dan berdosa. kita bukan sahaja dilarang daripada melakukan maksiat, tetapi kita juga dilarang daripada menghampiri maksiat.





sedarlah wahai insan. hidup ini tidak melarang untuk kita berkasih sayang, namun biarlah ada batasannya. jika kita bercinta, niatlah kerana Allah S.W.T. insya-Allah perhubungan kita akan diredhai dan diberkati seterusnya berkekalan hingga ke akhirnya.





'Bercinta dengan bunga, bunga akan jadi layu.



Bercinta dengan dunia, dunia akan rosak binasa. Bercinta dengan manusia, manusia akan mati. Bercinta dengan Allah, itulah yang kekal abadi'.





semoga Allah merahmati segala perhubungan kita. Amin...


Thursday, October 28, 2010

Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem


$7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,



Kedah,Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar



(sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada



1. Polis Bukit Aman



2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan



terpengaruh dengan Kristian ini.





Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah)



pernah menjadi paderi selama 23



tahun.En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau



sebagai paderi dikenakan 4 syarat:



1. Tidak boleh hisap rokok,



2. Tidak boleh minum arak,



3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah,



4. Tidak boleh kahwin.





Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang



menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat



dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad Dalam



pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu



Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.





PENGUMUMAN



HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA Sabda Rasulullah SAW:



"Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu



amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati



Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan



yang besar."





Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yg paling



ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja



kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Keduanya,



kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes



murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat



banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun. Pada minggu



lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja



perempuan berusia 15 tahun yg bersekolah di sebuah sekolah di Puchong.



Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dgn seorg yg



berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja



perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg



diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya



di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan oleh dua orang paderi



wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut.



Remaja-remaja tersebut diatas sekarang berada di Ulu Yam untuk pemulihan



akidah. Kalau kita semua boleh recall, pada beberapa tahun lepas, terdapat



seorg paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di



sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke



Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan



pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih



ramai warga Melayu di sini.





Terdapat satu kes; recently; dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan



seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut



membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yg



tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan



yg pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi



tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dgn nama yg jelas



bukan nama seorg penganut Islam. Jabatan Agama Islan dgn kerjasama Perkim



telah berjaya membawa 'lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan



ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah



keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan



dikacau oleh si'claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang



dipulihkan.





Di Kedah yg suatu ketika dahulu sibuk dengan Black Metal , kini terdapat



kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga



terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah



menolak kepercayaan kepada Allah. Cara mereka men'declare'kan diri mereka



free-thinker adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran.



Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki



akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil



mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan



titisan darah mereka kedalam gelas yg telah bercampur dgn darah



kambing kalau tak silap). Kemudian minum. Manakala kumpulan perempuan pula,



modus operandi utk mengesahkan mereka bukan lagi Islam, ada sedikit



kelainan. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan



al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka



melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yg koyak



tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah



berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan. Jabatan Agama



Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli yg hanyut itu.





Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman saya



sendiri. Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu



dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an.



Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari Muar.



Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus,



beliau pernah ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke US atas "Young



Lecturer Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg



tidak baik berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun



bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah



syarikat guaman yg terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah



yg sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat



guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian. Setelah



berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari



saya; dan terakhir yg saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan



dan menjadi seorg penganut Kristian yg setia; rajin ke gereja dan



menghayati Bible .





Tujuan saya bukan utk mengaibkan dia, tetapi untuk kita jadikan sempadan.



Kisah Aisyah Bukhari dan kawan saya ini mempunyai persamaan; good religious



foundation but got carried away. Missionary agama lain sungguh kuat dari



segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang. Dulu, mereka



menggunakan issionary mereka dgn cara berbuat baik, mengambil hati,



bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg dijadikan



mangsa; kurang pasti cara mereka tackle. Pinta penceramah semalam, agar



dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik



untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yg mampu atau yg sudi



menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yg



berkenaan kerana



bantuan yg diterima tidak mencukupi. Dgn caruh dgn adanya sumber kewangan



yg kukuh.





P/S:Tolonglah 'forward'kan e-mail ini kepada sahabat-sahabat kita.



Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun



dakyah kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita



sendiri.INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati!





INI ADALAH HANYA SEBAHAGIAN DARI KISAH REMAJA MELAYU KITA YANG



MURTAD....TERDAPAT RAMAI LAGI YANG SUDAH TERPESONG AKIDAH



MEREKA........Sekarang aku mintak kawan² semua tolong fowardkan email ni



pada seberapa ramai saudara² seagama kita semoga ia menjadi ikhtibar &



peringatan... untuk manfaat bersama.


Wednesday, October 27, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


Kelalaian Dalam Mendidik Anak





Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)





Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.





Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?





Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."





Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."





Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.





Kelalaian pertama : Kurang berdoa



A. Kurang berdoa semasa mengandung.



Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :



- Saidul (penghulu) Istighfar



- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)



- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)



- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)





B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.



Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :



- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)



- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)



- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.





Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)



Ajaran tarhib antara lain seperti :



- menakutkan anak-anak dengan sekolah.



- menakutkan dengan tempat gelap.



- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.



- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.





Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.



- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak



- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.





Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.



- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).



- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.





Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual.



Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.





Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak.



Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.





Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."





Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)





Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.



Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.





Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.



Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.





Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.



Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.





Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.



Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.





Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.



Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.





Sumber: light of islam



Org yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sdri.


Tuesday, October 26, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


Erti Bahagia...





Assalamualaikum wbt ....





(maaf kalau topik ni pernah d'siarkan)





Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang malu mengakuinya. Sebenarnya sebuah perkahwinan..



tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula





Syurga rumahtangga itu fitrah hati



Naluri semulajadi yang pinta diisi



Kerananya jejaka rela menjadi suami



Kerananya perawan rela menjadi isteri



Masing-masing dengan harapan



Agar rumahtangga membawa kebahagiaan





Matlamat yang satu tapi jalannya berliku



Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza



Lalu bermacamlah jalan ke sana





Ada yang mengatakan



Bahagia itu pada harta



Diukir dari intan permata



(Gah , suamiku seorang jutawan)





tidak kurang merasakan



bahagia itu pada rupa..



Ditempa oleh wajah rupawan



(Wah, isteriku seorang celeberity)





ramai juga yang merasakan



bahagia itu pada kuasa



dituai oleh pangkat dan jawatan



(Wah, suamiku seorang negarawan)





pelbagai jalan menimbulkan dilema



mencari yang benar mempelai tersasar



kalaulah bahagia itu pada harta



kalaulah bahagia itu pada nama



kalaulah bahagia itu pada rupa



kalaulah bahagia itu pada kuasa



kenapa Charles dan Diana berpisah



kenapa Elvis dan Priscilla berpecah



kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.





Bahagia itu dari dalam hati



Kesannya zahir rupanya maknawi



Terpendam bagai permata dalam hati



Terbenam bagai mutiara disalut nurani





Bahagia itu pada HATI



Bertakhta di kerajaan diri



Bahagia itu pada JIWA



Mahkota di singgahsana rasa



Bahagia itu KESABARAN



Bila susah tak gelisah



Bila miskin tak pemarah



Bila gagal tidak resah



Oh, suamiku,inalillah....





Hakikatnya bahagia itu ketenangan



Bila hati mengingati tuhan



Firman Allah:



Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi



ketenangan pada hati



suami isteri sama-sama mengerti



maksud tersemi takdir ilahi



itulah zikir yg hakiki.





Binalah rumahtangga atas tapak iman



Tuluskan niat luruskan matlamat



'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'



'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'



penyeri Islamku nanti



muktamadlah akad sahlah nikah



dengan nama Allah



gerbang perkahwinanpun terserlah





Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan



Iman itu tujuan



Syariat itu jalan



Tempat merujuk segala permasalahan



Tempat mencari semua penyelesaian



- isteriku, taatilah suamimu dan hukum Allah....



- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w





Binalah hidup di neraca maaruf



Rumah jadi sambungan madrasah...



Seninya kerana solat...



Indahnya oleh munajat



Tapaknya ...iman



Jalannya ....syariat



Natijahnya.....akhlak



Tiga penjamin segala



kunci kebahagian rumahtangga



dan terciptalah:



'setia dan penyayang suami'



'cinta dan kasih isteri'



lalu berbuahlah



mahmudah demi mahmudah



yang melahirkan.....



Soleh dan solehah.





Semoga Allah melimpah



Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...


Sunday, October 24, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkannya







"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi)





Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian.





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.





Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar.





Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."





Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.





Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.





Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.





Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.





"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.





1)Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.





2)Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.





Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."





3)Menjaga lidah Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.





Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.





Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.





4)Menjaga perut Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.





5)Menjaga Kemaluan Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.





Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.





6)Menjaga Dua Tangan Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.





7)Menjaga Dua Kaki Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.





Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.





Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.





Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.





Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan





Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - - "Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)





"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."


Saturday, October 23, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


Cinta itu indah....





A'uudzu billahi minasy syaithanirrajim



Bismillahirrahmanirrahim



Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammadin wa 'ala aalihi wasahbihi



wasallim





Cinta itu Indah





Maulana Syaikh Muhammad Nazhim 'Adil Al-Haqqani



dalam Rising Sun





Cinta bagi Allah dan bagi para hamba-Nya adalah sangat indah. Jika



engkau mengerjakan sesuatu dengan cinta, Allah akan menerimanya dan



membuatnya terasa menyenangkan bagimu. Jika engkau mencintai



pekerjaanmu, akan lebih mudah mengerjakannya, sebaliknya jika tidak,



ia akan membebanimu. Allah SWT berfirman, "Aku tidak membutuhkan



ibadahmu, Aku hanya mencari cinta yang engkau berikan." Wahai orang



yang beriman, engkau tidak boleh mengabaikan yang satu ini. Jangan



seperti budak yang mendayung dalam kapal layar, jika engkau salat,



lakukanlah dengan cinta, bukannya dengan terpaksa, seolah-olah ada



seorang pengawas yang mengawasimu dengan cambuk di tangannya. Allah



tidak akan menghargai ibadah seperti itu. Sekarang kita mencoba untuk



melaksanakan semua praktek-praktek ibadah yang telah dianjurkan,



tetapi lupa untuk memohon cinta Allah sehingga kita akhirnya hanya



bagaikan seonggok robot mekanik atau seperti seseorang yang melakukan



senam belaka.





Allah telah menyuruh kita menggunakan tubuh kita untuk beribadah dan



melayani hamba yang lain dengan jalan sadaqah dan melakukan perbuatan



baik lainnya. Apa yang akan menjadi buah dari tindakan tersebut? Jika



bukan cinta, tentu itu adalah buah yang pahit dan tidak diterima.



Jika ibadah kita menyebabkan cinta kepada Allah tumbuh dalam hati



kita, maka kita harus menjaganya dan melanjutkan praktek ibadah itu



dalam hidup kita. Jika kita tetap memelihara hubungan dengan guru



spiritual kita, dan merasa bahwa dengan menjaga hubungan ini, cinta



kita terhadap Allah semakin tumbuh, maka kita pun harus mendekatkan



diri kita kepadanya.





Cinta kepada Allah tidak mudah didapat, karena kita tidak bisa



membayangkan-Nya, sehingga Allah SWT mengutus Nabi-Nabi untuk



mewakili cinta-Nya. Kekasih Allah, Rasulullah Muhammad sall-



Allahu 'alaihi wasallam adalah suatu medium yang murni untuk



mentransmisikan cinta itu, sehingga para sahabat demikian tenggelam



dalam cinta kepada beliau, dan dari situ terpindahkan menuju cinta



kepada Allah. Beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam adalah wakil Allah,



yang merupakan Kebenaran Haqiqi. Karenanya, Rasulullah sall-



Allahu 'alaihi wasallam menyatakan, "Siapa yang telah melihatku,



berarti telah melihat Kebenaran Haqiqi."





Ketika suatu delegasi non-muslim mengunjungi Madinah, mereka



tercengang melihat cinta dan penghormatan yang diberikan para sahabat



kepada Rasulullah sall-Allahu 'alaihi wasllam. Ketika pulang mereka



lapor kepada pemimpinnya, "Kami telah banyak bertemu kaisar, raja,



dan kepala sukum, tetapi belum pernah kami melihat seorang pemimpin



yang pengikutnya begitu setia dan memperlakukannya dengan penuh



cinta." Bagaimana ini bisa terjadi? Mereka tidak pernah bisa memahami



rahasia cinta ini, sebagaimana ego mereka menyebabkan mereka menolak



kerasulan Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam. Cinta sahabat



kepada Rasulullah sall-Allahu 'alaihi wasallam begitu dalamnya



sehingga nereka sanggup mengatakan, "Kami rela berkorban untukmu, Yaa



Rasulallah, bahkan mengorbankan ayah dan ibu kami." Bagi orang Arab,



pernyataan seperti ini lebih bermakna ketimbang, "Aku rela berkorban



untukmu, Yaa Rasulallah." Kenyataannya, banyak dari mereka yang



menjalani penderitaan yang hampir tidak tertahankan demi iman mereka



kepada misi Rasulullah sall-Allahu 'alaihi wasllam, diasingkan, tidak



mendapat warisan, diboikot, disiksa, bahkan mati.





Siapa yang akan mewakili Rasulullah sall-Allahu 'alaihi wasallam di



dunia ini setelah beliau wafat? Mereka adalah orang-orang yang mampu



menimbulkan cinta seperti itu. Rasulullah sall-Allahu 'alaihi



wasallam sendiri memberikan gambaran bahwa siapa yang melihat mereka,



akan ingat kepada Allah. Siapa yang merasa haus akan cinta Allah



harus mencari orang-orang seperti itu. Sekarang ini kebanyakan dari



mereka tersembunyi, dan Islam saat ini telah bermakna sekedar sebagai



suatu set aturan-aturan perilaku dan bentuk-bentuk ritual - suatu



kerangka kosong. Siapa yang akan dapat memperoleh kenikmatan ruhaniah



dari hal semacam itu? Akankah masjid-masjid hanya menjadi gymnasium



(stadion senam)? Dan kini, bahkan para "guru senam"nya menentang



Jalan Sufi, yang merupakan jalur bagi hati, yang menuntun pada



Kecintaan pada Allah SWT.





Allah telah memberikan suatu instrumen untuk mengukur, bukan tekanan



darah, tetapi "tekanan cinta" kita dan target kita adalah untuk



membuat tekanan cinta itu semakin besar. Ya, carilah cara untuk



meningkatkannya setiap hari. Rasulullah sall-Allahu 'alaihi wasallam



pernah bersabda, "Siapa pun yang tidak mengalami peningkatan setiap



hari akan merugi." Apa artinya? Hal ini bukan berarti bahwa jika hari



ini engkau salat 40 raka'at, lalu besok menjadi 41 raka'at, dan lusa



42 raka'at. Tidak demikian. Apa yang diinginkan adalah agar engkau



melakukannya dengan penuh kecintaan kepada Allah, sehingga Dia akan



mengamati dan berkata, "Hamba-Ku telah mengirimkan cinta lebih banyak



daripada kemarin." Salah satu Grandsyaikh kita memberikan suatu



kesimpulan yang baik tentang apa yang saya coba katakan, "Sebutir



atom cinta lebih berharga daripada 70 tahun beribadah tanpa cinta."





Wa min Allah at-taufiq.









Sumbangan : MoHaMaD Ka


Thursday, October 21, 2010

Kisah cinta




Assalamualaikum...





Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu,walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,





"Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku."





Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Saidina Abu Bakar as SiddiQ menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Saidina Umar al-Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Saidina Usman bin Affan menghela nafas panjang dan Saidina Ali b ABi Talib menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba.





"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.





Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Disaat itu,kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.





Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.





Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.





"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.





Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.





Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"





"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.





Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.





"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikat maut," kata Rasulullah,





Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.





Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.





"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.





"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.





Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.





"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.





"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"





"Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:





'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.





Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.





"Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.





"Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.





"Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.





Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.





"Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."





Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya.





"Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."





Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.





"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"





Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi.Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Wednesday, October 20, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


cerpen best ni...jom aaa baca..





Senja menyerakkan warna di ufuk barat ketika aku keluar daripada perkarangan penjara, meninggalkannya dengan pandangan sayu yang penuh dengan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk menangisi episod hari ini lantaran tragedi semalam yang cukup menyedihkan. "Sabarlah, Sumaiyah....," cuma pesanan itu yang diingatkan oleh suamiku sebelum aku melangkah pergi sebentar tadi. Ya, Siti Sumaiyah ini akan terus sabar kerana sabar itulah yang paling baik. Kerana sabar itulah yang terindah. Biarlah aku menjadi seperti Sumayyah, sahabat Rasullulah s.a.w. yang terus sabar dan teguh disiksa bertubi-tubi. Namun demi dinullah, keimanan terus dipertahankan.





Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air mataku mengalir tanpa henti. Aku sedih. Aku kecewa. Aku benar-benar terasa sedih di bumi fanaini. Tiada lagi kegembiraan yang menguliti. Telah hilang senda gurau Nur Amana, puteri tunggalku. Sudah lenyap bisikan sayang suami tercinta. Semuanya telah tiada.





Sekelilingku pemuh tomahan yang menyakitkan. Disekitarkan saban hari dihidangkan kisah-kisah melukakan.Suamiku pula kini dipenjara. Lengkaplah penderitaan ini. Aku sendiri tanpa dorongan dan semangat yang saban hari ditiupkan dalam rohku.





Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa Allah tidak pernah meniggalkan hamba-Nya sendirian. Ingatanku melayang pada firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha.





"Allah bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi, sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan dan membenci hamba-Nya.Kelak, Allah akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti akan melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu dalam serba kekurangan lalu Dia mencukupkan".





Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu...





Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. "Emm... positif! Memang Puan mengandung...," dia tersenyum memandangku. "Iyakah?," Aku seperti tidak percaya. Dia mengangguk. "Tahniah! Inai masih merah lagi... memang mahu anak awal?", tanyanya. Aku angguk. "Tentu husband Puan gembira,sampaikan ucapan tahniah saya padanya," katanya sebelum aku meninggalkannya.





Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macammana?," Tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau Abang nak... adalah!".





Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan,syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan segala-galanya. "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku.





Aku teringat isteri Imran sewaktu mengandungkan Siti Maryam, wanita suci, ibu Nabi Isa a.s. yang diberi kelebihan melahirkan anak tanpa bapa. Isteri Imran menazarkan anak dalam kandungannya menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah melahirkan seorang puteri, dia berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi perlindungan daripada syaitan yang terkutuk.





Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu, hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimahtayyibah yang diajarkan.





Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.





Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara.Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.





Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkan. Dan syukurku melimpah kerana ibarat dianugerahkan puteri seorang bidadari dari syurga.





Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cermelang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun, demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.





Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang.





Kerabu pucuk paku dan ikan bakar sering membuatkanku menitiskan air mata. Lauk itulah kegemaran Nur Amana. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.





Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.





Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Alah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.





Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.





Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa?. Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar?. Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi, mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.





Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi, tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku.





Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya.





Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!





Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam... pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku. Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.





Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.





Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!





Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki janabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal!





Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega.





Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya. "Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.





Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari. Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya.





Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara. Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.





Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk. Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap... pulanglah anakku, Nur Amana!.





Aduhai, kisah natrah berulang kembali...agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir.....betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti nur amana. apakah tindakan kita yangmengaku dirinya ISLAM, apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita....sedarlah.....





Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......MALAYSIA khasnya....


Monday, October 18, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.







Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.





Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.





Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.





Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.





"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."





"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."





"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."





"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."





"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."





Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."





Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.





Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.





Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.





Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).





Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.



Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.





"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."


Saturday, October 16, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


Abu Darda’







Uwaimir bin Malik Al Khazraji yang digelari Abu Darda' bangun dari tidurnya pagi pagi sekali. Setelah itu dia pergi menuju berhala sembahannya di sebuah kamar yang paling istimewa dalam rumahnya. Dia membungkuk memberi hormat kepada patung tersebut, kemudian diminyakinya dengan wangi-wangian termahal yang terdapat dalam tokonya yang besar. Sesudah itu patung tersebut diberi pakaian baru yang terbuat dari sutera megah, yang diperolehnya kemarin dari seorang pedagang yang datang dari Yaman dan sengaja mengunjunginya.





Setelah matahari agak tinggi, barulah Abu darda' masuk ke rumah dan bersiap hendak pergi ke tokonya, tiba-tiba jalan di Yastsrib menjadi ramai, penuh sesak dengan para pengikut Nabi Muhammad yang baru kembali dari peperangan Badar. Di muka sekali terlihat sekumpulan tawanan terdiri dari orang-orang Quraisy. Abu Darda' mendekati orang ramai dan bertemu dengan seorang pemuda suku Khazraj. Abu darda' menanyakan kepadanya dimana 'Abdullah bin Rawahah.





Pemuda Khazraj tersebut menjawab dengan hati- hati pertanyaan Abu Darda', karena dia tahu bagaimana hubungan Abu Darda' dengan 'Abdullah bin Rawahah. Mereka tadinya adalah dua orang teman akrab di masa jahily. Setelah Islam datang, “Abdullah bin Rawahah segera masuk Islam, sedangkan Abu Darda' tetap dalam kemusyrikan.





Tetapi hal itu tidak menyebabkan hubungan persahabatan kedua orang tersebut menjadi putus. Karena 'Abdullah berjanji akan mengunjungi Abu Darda' sewaktu-waktu, untuk mengajak dan menariknya ke dalam Islam. Dia kasihan kepada Abu Darda', karena umurnya habis tersia-sia setiap hari dalam kemusyrikan.





Abu Darda' tiba di toko pada waktunya. Ia duduk bersila diatas kursi, sibuk jual beli dan mengomandoi para pelayan. Sementara itu ' Abdullah bin Rawahah datang ke rumah Abu Darda'. Sampai di sana ia melihat Ummu Darda' di halaman rumahnya. “ Assalamu'alaiki. Ya amatallah, “ ( Semoga Anda bahagia, hai hamba Allah ). “ kata 'Abdullah memberi salam. “





Wa 'alaikassalam, ya akha Abi Darda' “ ( Dan semoga Anda bahagia pula, hai sahabat Abu Darda'), jawab Ummu Darda.





“Kemana Abu Darda'', tanya 'Abdullah.



“Dia ke toko, tetapi tidak lama lagi dia akan pulang,” jawab Ummu Darda'





“Boleh saya masuk?” tanya 'Abdullah.





'Dengan segala senang hati! Silakan! Jawab Ummu Darda'. Ummu Darda' melapangkan jalan bagi 'Abdullah, kemudian dia masuk ke dalam mengerjakan pekerjaan rumah tangga dan mengasuh anak.





'Abdullah bin Rawahah masuk ke kamar tempat Abu Darda' meletakkan patung sembahannya. Dikeluarkannya kapak yang sengaja dibawanya. Dihampirinya patung itu lalu dikapaknya hingga berkeping-keping. Katanya, “ ketahuilah, setiap yang disembah selain Allah adalah batil!”





Setelah selesai menghancurkan patung tersebut, dia pergi meninggalkan rumah. Ummu Darda' masuk ke kamar tempat patung berada. Alangkah terperanjatnya dia, ketika dilihatnya patung telah hancur berkeping keping dan berserakan di lantai.





Ummu Darda' meratap menampar nampar kedua pipinya seraya berkata, “Engkau celakakan saya, hai Ibnu Rawahah.”





Tidak berapa lama kemudian Abu Darda' pulang dari toko. Didapatinya istrinya duduk dekat pintu kamar patung sambil menangis. Rasa cemas dan takut kelihatan jelas di wajahnya.





“Mengapa engkau menangis? ' tanya Abu Darda'



“Teman Anda, ' Abdullah bin Rawahah tadi datang kemari ketika Anda sedang di toko. Dia telah menghancurkan patung sembahan Anda. Cobalah Anda saksikan sendiri,”jawab Ummu Darda'



Abu Darda' menengok ke kamar patung, dilihatnya patung itu sudah hancur berkeping-keping. Maka timbullah marahnya. Mulanya dia bermaksud hendak mencari 'Abdullah. Tetapi setelah kemarahannya berangsur padam, dia memikirkan kembali apa yang sudah terjadi. Kemudian katanya,”seandainya patung itu benar Tuhan, tentu dia sanggup membela dirinya sendiri.”





Maka ditinggalkannya patung yang menyesatkan itu, lalu dia pergi mencari 'Abdullah bin Rawahah. Bersama sama dengan 'Abdullah, dia pergi menghadap Rasulullah SAW dan menyatakan masuk agama Allah di hadapan beliau.





Sejak detik pertama Abu Darda' beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dia beriman dengan sebenar benar iman. Dia sangat menyesal agak terlambat masuk Islam. Sementara itu kawan-kawannya yang telah lebih dahulu masuk Islam, telah memperoleh pengertian yang dalam tentang agama Allah ini, hafal Al Qur'an, senantiasa beribadat, dan taqwa yang selalu mereka tanamkan dalam diri mereka di sisi Allah. Karena itu dia bertekad hendak mengejar ketinggalannya dengan sungguh-sungguh, sekali pun dia harus berpayah-payah siang dan malam, hingga tersusul orang-orang yang berangkat lebih dahulu. Dia berpaling kepada ibadat dan memutuskan hubungan dengan dunia, mencurahkan perhatian kepada ilmu seperti orang kehausan mempelajari Al Qur'an dengan tekun dan menghafalkan ayat-ayat, serta menggali pengertiannya sampai dalam. Tatkala dirasakannya perdagangannya mengganggu dan merintanginya untuk beribadat dan menghadiri majelis-majelis ilmu, maka ditinggalkannya perusahaannya tanpa ragu dan penyesalan.





Berkenan dengan sikapnya yang tegas itu orang pernah bertanya kepadanya. Maka dijawabnya, “Sebelum masa Rasulullah saya menjadi seorang pedagang. Maka setelah saya masuk Islam, saya ingin menggabungkan berdagang untuk beribadat. Demi Allah, yang jiwa Abu Darda' dalam kuasa-Nya, saya akan menggaji penjaga pintu masjid supaya saya tidak luput shalat berjamaah, kemudian saya berjual beli dan berlaba setiap hari 300 dinar.”





Kemudian dia menengok kepada si penanya dan berkata, “Saya tidak mengatakan bahwa Allah Ta'ala mengharamkan berniaga. Tetapi saya ingin menjadi pedagang, bila perdagangan dan jual beli tidak mengganggu saya untuk berdzikrullah ( berdzikir).”





Abu Darda' tidak meninggalkan perdagangan sama sekali. Dia hanya sekedar meninggalkan dunia dengan segala perhiasan dan kemegahannya. Baginya sudah cukup sesuap nasi sekedar untuk menguatkan badan, dan sehelai pakaian kasar untuk menutupi tubuh.





Pada suatu malam yang sangat dingin, sekelompok jamaah bermalam di rumahnya. Abu Darda', menyuguhi mereka makanan hangat, tetapi tidak memberinya selimut. Ketika hendak tidur, mereka mempertanyakan selimut, Seorang diantaranya berkata, “Biarlah saya tanyakan kepada Abu Darda'.”





Kata yang lain tidak, 'Tidak perlu!”







Tetapi orang yang seorang itu menolak saran orang yang tidak menuju. Dia terus pergi ke kamar Abu Darda'. Sampai di muka pintu dilihatnya Abu Darda' berbaring, dan istrinya duduk di sampingnya. Mereka berdua hanya memakai pakaian tipis yang tidak mungkin melindungi mereka dari kedinginan. Orang itu bertanya kepada Abu Darda', Saya lihat Anda sama dengan kami, tengah malam sedingin ini tanpa selimut. Kemana saja kekayaan dan harta benda Anda?”





Jawab Abu Darda', “kami mempunyai rumah di kampung sana. Harta benda kami langsung kami kirimkan kesana setiap kami peroleh. Seandainya masih ada yang tinggal di sini (berupa selimut), tentu sudah kami berikan kepada tuan-tuan. Di samping itu, jalan ke rumah kami yang baru itu sulit dan mendaki. Karena itu susah membawa barang yang berat-berat. Kami memang sengaja meringankan beban kami supaya mudah dibawa.”





Kemudian Abu Darda bertanya kepada orang itu, “Pahamkah Anda?”





Jawab orang itu, “Ya, saya mengerti. Semoga Anda di karuniai Allah segala kebaikan.”





Pada masa pemerintahan Khalifah 'Umar bin Khatab, 'Umar mengangkat Abu darda' menjadi pejabat tinggi di Syam. Tetapi Abu Darda' menolak pengangkatan tersebut. Khalifah Umar marah kepadanya. Lalu kata Abu Darda'. “Bilamana Anda menghendaki saya pergi ke Syam, saya mau pergi untuk mengajarkan Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah kepada mereka, serta menegakkan shalat bersama sama dengan mereka.”





Khalifah Umar menyukai rencana Abu Darda' tersebut. Lalu Abu Darda' berangkat ke Damsyik. Sampai di sana didapatinya masyarakat telah mabuk kemewahan dan tenggelam dalam kenikmatan dunia. Hal itu sangat menyedihkannya. Maka dipanggilnya orang banyak ke masjid, lalu dia berpidato di hadapan mereka. Katanya :



“Wahai penduduk Damsyiq! Kalian adalah saudaraku seagama ; tetangga senegeri; dan pembela dalam melawan musuh bersama.





Wahai penduduk Damsyiq! Saya heran, apakah gerangan sebabnya kalian tidak menyenangi saya, dan tidak menerima nasehat saya? Padahal saya tidak mengharapkan balas jasa dari kalian.





Nasehatku berguna untuk kalian, sedangkan belanjaku bukan dari kalian.





Saya tidak suka melihat ulama-ulama pergi meninggalkan kalian, sementara orang-orang bodoh tetap saja bodoh.





Saya hanya mengharapkan kalian supaya melaksanakan segala perintah Allah Ta'ala, dan menghentikan segala larangan-Nya.





Saya tidak suka melihat kalian mengumpulkan harta kekayaan sebanyak-banyaknya, tetapi tidak kalian pergunakan untuk kebaikan. Kalian membangun gedung-gedung yang mewah, tetapi tidak kalian tempati atau kalian mencita-citakan sesuatu yang tak mungkin tercapai oleh kalian.





Bangsa-bangsa sebelum kamu pernah mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya dan bercita cita setinggi-tingginya. Tetapi hanya sebentar, harta yang mereka tumpuk habis kikis, cita- cita mereka hancur berantakan, dan bangunan-bangunan mewah yang mereka bangun rubuh menjadi kuburan.





Hai penduduk Damsyiq! Itulah bangsa 'Ad ( kaum Nabi Hud a.s) yang telah memenuhi negeri (antara Aden dan Oman) dengan harta kekayaan dan anak-anak.





Siapakah di antara kalian yang berani sekarang membeli daripadaku peninggalan kaum 'Ad itu dengan harga dua dirham?”





Mendengar pidato Abu Darda' tersebut orang banyak menangis, sehingga isak tangis mereka terdengar dari luar masjid.





Sejak hari itu Abu Darda' senantiasa mengunjungi majelis-majelis masyarakat Damsyiq dan pergi ke pasar - pasar. Jika ada yang bertanya kepadanya dijawabnya, jika dia bertemu dengan seorang bodoh, diajarinya ;dan jika dia melihat orang terlalai, diingatkannya. Direbutnya setiap kesempatan yang baik, sesuai dengan situasi dan kondisi, serta kemampuan yang ada padanya.





Pada suatu ketika dia melihat sekelompok orang mengeroyok seorang lelaki. Laki-laki itu babak belur dipukuli dan dicaci maki mereka. Abu Darda' datang menghampiri, lalu bertanya, “Apa yang terjadi? Mengapa begini?”





Jawab mereka, “Orang itu jatuh ke dalam dosa besar.”





Kata Abu Darda', “Karena itu janganlah kalian caci maki dia, dan jangan pula kalian pukuli. Tetapi berilah dia pengajaran dan sadarkan dia.





Bersyukurlah kalian kepada Allah yang senantiasa memaafkan kalian dari segala dosa.”





Tanya mereka, “Apakah Anda tidak membencinya?”





Jawab Abu Darda', “Sesungguhnya saya membenci perbuatannya. Apabila dia telah menghentikan perbuatannya yang berdosa itu, maka dia adalah saudara saya.”





Orang itu menangis dan tobat dari kesalahannya.





Kali yang lain seorang pemuda mendatangi Abu Darda' dan berkata kepadanya,”Wahai sahabat Rasulullah! Ajarilah saya!”





Jawab Abu Darda',”Hai anakku! Ingatlah kepada Allah di waktu kamu bahagia. Maka Allah akan mengingatmu di waktu kamu sengsara.





Hai Anakku! Jadilah kamu pengajar, orang yang mau belajar dan orang yang mau mendengar. Dan jangan menjadi orang yang bodoh). Karena yang bodoh itu, pasti celaka.





Abu Darda' pernah pula melihat sekelompok pemuda duduk-duduk di pinggir jalan. Mereka ngobrol sambil melihat orang-orang yang lalu lalang. Abu Darda' menghampiri mereka dan berkata kepadanya, “Hai anak-anakku! Tempat yang paling baik bagi orang muslim adalah rumahnya. Di sana dia dapat memelihara diri dan pandangannya. Jauhilah duduk duduk di pinggir jalan dan dipasar - pasar, karena hal itu menghabiskan waktu dengan percuma.”





Ketika Abu Darda' tinggal di Damsyiq, yang menjadi gubernur waktu itu ialah Mu'awiyah bin Abu Sufyan. Mu'awiyah melamar anak gadis Abu Darda' (yaitu Darda') untuk puteranya Yazid. Abu Darda' menolak lamaran Mu'awiyah tersebut. Dia tidak mau mengawinkan anak gadisnya, Darda', dengan Yazid (putera Gubernur). Bahkan Darda' dikawinkannya dengan pemuda muslim, anak kebanyakan. Abu Darda' menyukai agama dan akhlak pemuda itu. Orang banyak heran dengan sikap Abu Darda' dan berbisik bisik sesama mereka, “Anak gadis Abu Darda' dilamar oleh Yazid bin Mu'awiyah, tetap lamarannya di tolak.





Kemudian Abu Darda' mengawinkan putrinya dengan seorang pemuda muslim anak orang kebanyakan.”





Seorang penanya bertanya kepada Abu Darda', mengapa dia bertindak seperti itu. Jawab Abu Darda', “Saya bebas berbuat sesuatu untuk kemaslahatan Darda'.”





Tanya,”Mengapa?”





Jawab Abu darda', “Bagaimana pendapat Anda, apabila nanti Darda' telah berada di tengah-tengah inang pengasuh yang senantiasa siap sedia melayaninya, sedangkan dia berada dalam istana yang gemerlapan menyilaukan mata, akan kemana jadinya agama Darda' ketika itu?”





Pada suatu waktu ketika Abu Darda' berada di negeri Syam, Amirul Mukminin 'Umar bin Khattab datang memeriksa. Khalifah mengunjungi sahabat itu di rumahnya malam hari. Ketika Khalifah membuka pintu rumah Abu Darda', ternyata pintu itu tidak dikunci dan rumah gelap tanpa lampu.





Ketika Abu Darda' mendengar suara Khalifah, Abu Darda berdiri mengucapkan selamat datang dan menyilahkan Khalifah Umar duduk. Keduanya segera terlibat dalam pembicaraan - pembicaraan penting, padahal kegelapan menyelubungi keduanya, sehingga masing - masing tidak melihat kawannya berbicara.





Khalifah 'Umar meraba -raba bantal alas duduk Abu Darda', ternyata sebuah pelana kuda.





Dirabanya pula kasur tempat tidur Abu Darda', ternyata berisi pasir belaka. Dirabanya pula selimut, kiranya pakaian- pakaian tipis yang tidak mencukupi untuk musim dingin.





Kata khalifah 'Umar, “Semoga Alah melimpahkan rahmat-Nya kepada Anda. Maukah Anda saya bantu? Maukah Anda saya kirimi sesuatu untuk melapangkan kehidupan Anda?”





Jawab Abu Darda'. “Ingatlah Anda hai 'Umar-sebuah hadist yang disampaikan Rasulullah kepada kita?”





Tanya Umar, “Hadist apa gerangan?”





Jawab Abu Darda', Bukankah Rasulullah telah bersabda: 'Hendaklah puncak salah seorang kamu tentang dunia, seperti perbekalan seorang pengendara ( yaitu secukupnya dan seadanya).'



Jawab Khalifah Umar, “Ya, saya ingat!”





Kata Abu Darda', “Nah, apa yang telah kita perbuat sepeninggal beliau, hai Umar?”





Khalifah Umar menangis, Abu Darda'pun menangis pula. Akhirnya mereka berdua bertangis tangisan sampai subuh.





Abu Darda' menjadi guru selama tinggal di Damsyiq.Dia memberi pengajaran kepada penduduk, memperingatkan mereka, mengajarkan Kitab (Al Qur'an) dan Hikmah kepada mereka sampai dia meninggal.





Tatkala Abu Darda' hampir meninggal, para sahabatnya datang berkunjung. Mereka bertanya,”sakit apa yang Anda rasakan?”





Jawab Abu Darda',”Dosa-dosaku!”





Tanya,”Apa yang Anda inginkan?”



Jawab,”Ampunan Tuhanku.”





Kemudian dia berkata kepada orang-orang yang hadir disekitarnya, “Ulangkanlah kepadaku kalimah “ Laa ilaaha illallah, Muhammad Rasulullah.”





Abu Darda'senantiasa membaca kalimah tersebut berulang-ulang hingga nafasnya yang terakhir.





Setelah Abu Darda' pergi menemui Tuhannya, Abu Muhammad berkata pada Auf bin Malik “hai, Ibnu malik! Inilah karunia Allah kepada kita berkat Al Qur'an. Seandainya engkau mengawasi jalan ini, engkau akan melihat suatu pemandangan yang belum pernah engkau saksikan, dan mendengar sesuatu yang belum pernah engkau dengar, dan tidak pernah terlintas dalam pikiranmu.”





Tanya 'Auf bin Malik,”Untuk siapa semuanya, hai Abu Muhammad?”





Jawab, “Disediakan Allah Ta'ala untuk Abu Darda', karena Dia telah menolak kemewahan dunia dengan mudah dan lapang dada





"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."


Friday, October 15, 2010

"Bakkah,Al Balad Al Amin, Umm Al Qura, Al Baldah merupakan sebahagian dari nama-nama yang lain bagi kota suci umat Islam ini.Beruntunglah bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah terutama ketika menunaikan ibadat haji mahupun umrah.Sudah pasti memberi 1001 kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Bagi yang belum berpeluang,keinginan kesana pasti ternanti-nanti.Tiada siapa yang sangka suatu ketika dulu ianya merupakan sebuah padang pasir yang kering-kontang kini menjadi tumpuan seluruh umat Islam.Disitulah letaknya Kaabah sebagai pusat bumi dan disitu jugalah sumber air zam-zam yang tidak putus-putus simpanannya.
Ramai yang telah menyetujuinya dan tak kurang juga memandang sinis terutamanya golongan bukan Islam & muslim yang hanya berfikiran logik semata-mata.Apatah lagi si Stephen Howking yang tidak mempercayai Tuhan,makin bertambah dungulah dia yang sememangnya telah dungu dari cahaya kebenaran jika diberi peluang untuk mengkaji kehebatan kuasa Allah di bumi Makkah itu.
Bagi yang memahami hukum fizik dan mereka-mereka yang mengkaji mengenai kehebatan Makkah pasti menemui sesuatu yang baru.Dikota Makkah keadaan gravitinya adalah sangat stabil dan agak tinggi.Ajaib bukan?Mengikut pengiraan sains yang dipelopori pihak barat,Kutub Utara dan Kutub Selatan melebihi daya gravitinya berbanding equator(garisan Khatulistiwa).Perlu diingatkan, Equator atau Garisan Khatulistiwa adalah garisan tengah yang membahagikan antara dua kutub bumi.Tetapi kutub magnetik (diutara dan selatan) bumi adalah berbeza sama-sekali.Ia tidak berada tepat diatas kutub Utara dan Selatan.Malahan ia condong beberapa darjah dan berjauhan sebanyak 810km dari Kutub Utara dan 2826km dari Kutub Selatan.(Pengiraan diambil pada tahun 2005 melalui satelit pengesan medan magnetik).
Bagi pengiraan jarak dari peta magnetik (jangan rujuk peta atlas dunia yang biasa),Makkah adalah amat hampir dengan garisan tengah antara kedua-dua kutub magnetik itu.Kekuatan medan magnetnya juga hampir-hampir sifar iaitu 1 darjah ke timur.Perlu diingat disini bahawa pengiraan ini adalah dari manusia yang penuh dengan kelemahan ilmunya.Sudah tentu ilmu Allah tidak terbatas,tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa Makkah itu benar-benar diatas pusat dunia,terletak diantara 2 medan magnetik dan juga mempunyai kekuatan magnetik yang sifar serta kekuatan graviti yang amat tinggi. Sebagai bukti,bawalah kompas dan anda akan lihat jarumnya tidak bergerak langsung jika dibandingkan kompas yang terletak di Utara atau Selatan magnetik dimana jarumnya tak keruan berpusing-pusing mencari arah.Sebelum ini,kiblat umat Islam adalah kearah Masjid Al-Aqsa dan disitulah pusat bumi ketika itu.Kemudian melalui perintah Allah ke atas Nabi S.A.W,kiblat ditukarkan kearah Kaabah di Makkah.Menurut seorang professor,telah terjadi gempa bumi dan pergerakan platlet bumi di tanah Arab.Kesannya pusat bumi telah beralih arah ke Kaabah,Makkah.
Jadi apa rasionalnya kita mengaitkan segala graviti dan medan magnetik di Makkah ini?Ya memang rasional malahan memang terbukti dari segi saintifiknya.Mengikut saintis,pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsangkan kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan imun badan.Imun badan kita menjadi kuat secara semulajadi tanpa sebarang vaksin.Apabila graviti makin kuat,maka banyak ion-ion negatif berkumpul disitu.Memang terbukti bahawa mereka yang sebelum itu mengalami sakit-sakit badan,bila tiba di tanah suci kesakitan yang dialami hilang dengan serta-merta.Tekanan graviti yang tertumpu disitu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.Jadi keupayaan darah untuk membawa oksigen keseluruh badan adalah amat baik dan lancar sekali jika dibandingkan keadaan manusia di tempat-tempat lain di sekitar dunia.
Bagi medan magnetnya yang sifar pula adalah disebabkan tarikan untuk kedua-dua medan (Utara & Selatan) adalah seimbang. Ketika tawaf mengelilingi Kaabah,tenaga anda seperti dicas semula dan mendapat kekuatan serta kesegaran yang luar-biasa.Perasaan dan tubuh anda akan rasa tenang,segar dan bertenaga.Sebenarnya,dengan bertawaf mengikut lawan jam juga memberi satu tenaga hayat secara semulajadi kepada alam semesta.Buktinya Neil Armstrong ketika berada di luar angkasa,beliau mengesan satu gelombang yang hebat telah dipancarkan dari bumi.Setelah diselidikinya,gelombang itu berpunca dari Kaabah.Beliau mencari dimana hujungnya gelombang yang dipancarkan itu berakhir,tetapi langsung tidak di temuinya.Gelombang itu tidak berpenghujung atau infiniti katanya. Bagi kita umat Islam percaya bahawa Baitul Haram(Makkah) itu bersambung terus ke Baitul Makmur(Langit ke tujuh).Andai kata seketul batu jatuh dari Baitul Makmur, ia pasti akan mengenai Kaabah di bumi kita.Maka gelombang yang dikesan oleh Neil Armstrong itu dipercayai terus-menerus hinggalah ke Baitul Makmur dimana tempat tawafnya para malaikat.
Kemudian apakah kesannya apabila tanah Makkah Al-Mukaram yang tidak diganggu medan magnetik serta berkeadaan graviti yang stabil dan tinggi itu? Menurut pakar sains, tanah-tanah yang mempunyai graviti yang tinggi mengandungi kandungan garam dan air yang banyak.Terbukti sememangnya Makkah itu tidak kering dengan air zam-zamnya.Dipercayai juga dengan kepekatan graviti sungai-sungai dibawah tanah akan terhasil dengan banyaknya.Tahukah anda bertapa pentingnya air kepada kita? Dan betapa pentingnya bekalan air yang berterusan andai kita di alam peperangan?Disinilah atas rahmat dari Allah S.W.T, Dia telah menganugerahkan air zam-zam buat kita semua untuk digunakan baik ketika keadaan tenang mahupun genting.
Andaikata umat Islam keputusan bekalan makanan dan minuman,maka Makkah Al-Mukaramlah yang akan mencukupinya.Tidak hairanlah jika berlakunya peperangan besar, Makkahlah yang akan menjadi benteng Kota terakhir umat islam(begitu juga dengan Madinah) kerana 2 kota ini tidak dapat ditembus oleh sang dajjal laknatullah.Sudah pasti kita tahu yang air itu merupakan satu keperluan utama bagi manusia.Dipercayai di akhir zaman kelak,ketika kemunculan sang dajjal laknatullah itu akan menguasai dunia ini terutamanya bekalan air.Dipercayai juga ketika diakhir zaman kemarau yang berpanjangan akan berlaku (mungkin kesan dari perang nuklear?),haiwan ternakan banyak yang telah mati,tumbuh-tumbuhan terbantut dan tercemar,sungai-sungai kering serta hujan berasid.Ketika itulah sang dajjal laknatullah akan “mengofferkan” bantuannya.Jadi apa yang perlu dilakukan?Larilah…carilah perlindungan di kota Makkah dan Madinah.InsyaAllah disitu terjamin keselamatan kita buat umat Islam.
Adakah dajjal akan mengambil bekalan-bekalan air yang telah tercemar itu sebagai minuman?Tidak..tidak sama sekali,kerana dia telah membuat perancangan lebih awal.Saudara sekalian,lihatlah apakah yang ada di monumen-monumen tinggalan tamadun-tamadun purba dahulu? Stonehenge, pyramid, Easter island dan pelbagai tapak sejarah lain mengandungi mata air yang banyak serta bertekanan graviti yang tinggi serta pusat kuasa magnetik.Dia dajjal sang kutuk itulah yang membina monumen-monumen tersebut sebagai persediaan huru-hara di akhir zaman.Cuba lihat hadis dibawah:
Nabi S.A.W bersabda “Sesungguhnya Dajjal itu akan berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu Masjidil Haram,Masjid Nabawi,Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa” (Riwayat Imam Ahmad.Sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26).
Lihatlah sehebat-hebat dajjal laknatullah itu,lebih hebat lagi Allah yang Maha Besar.Perancangan dajjal tidak dapat menandingi perancangan Allah.Allah telah me”reserved”kan kita umat Islam awal-awal lagi dengan Air Zam-Zam yang tidak putus-putus bekalannya dimana terletaknya didalam Kota yang amat kebal dan ampuh dari sebarang senjata iaitu Makkah Al-Mukkaramah.InsyaAllah Kota Makkah juga bakal menjadi saksi akan kemunculan pembela umat Islam yang berdarah daging dari Rasullullah S.A.W. Amin...
Sumber : Mekah kota paling selamat di dunia – Al Islam,Membongkar Misteri dajjal – Muhammad Nurani Maarif, Sesungguhnya Tuhan kamu tidak bermata satu – Hj Muzaffar , Magnetic Field photo – NASA, The world magnetic variation maps.Pelbagai..
--
Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden



Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!
Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.
RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).
Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen








Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat


Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan


Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.
Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)
Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..