Pages


Tuesday, May 29, 2012

Rahsia Solat


Rahsia SHALAT yang banyak tidak ketahui.....
Assalamua'laikum wr wb......... .


Wudhu'..
Jangan langsung dikeringkan..biarkan menetes dan kering sendiri.. Lalu ambillah sajadah.. shalat..berdzikir....dan berdo'a.
Agar wajah selalu segar..berseri-seri dan cantik..cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu..

· Untuk menghilangkan stress..Cukup dengan memperbanyakkan shalat....
Ketika shalat.. kita mengerakkan seluruh tubuh... Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a...

· Untuk pelembab..agar awet muda.. gunakanlah senyuman....Tidak hanya di bibir tapi juga di hati...Jangan lupa bisikkan 'kata kunci'..
"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku.. maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
DOA BERCERMIN

· Untuk punya bibir cantik..bisikkan kalimat-kalimat Allah..tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain..tidak menyombongkan diri atau takabur...

· Agar tubuh langsing..mulus.. diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali..
senin dan Kamis...Jika kuat..lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS .. selang satu hari.. Makanlah makanan halal..perbanyak sayuran.. buah-buahan dan air putih....

· Untuk mengembangkan diri..sebarkan salam dan sapaan...Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. ...
Inilah dia rahsia as-shalat..... sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...

1 - Niat Sembahyang ...Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat...
2 - Berdiri dengan benar.. Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. ..
3 - Takbir-ratul Ihram .. Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur...
4 - Fatihah .. Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur...
5 - Ruqu' .. Sebagai tikar kita di dalam kubur....
6 - I'tidal ... Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur....
7 - Sujud ..Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.....
8 - Duduk antara 2 Sujud ... Akan menaungi panji-panji nabi kita didalam kubur ...
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) ..Menjadi kendaraan ketika kita dipadang Mahsyar....
10 - Tahhiyat Akhir .. Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. ..
11 - Shalawat Nabi... Sebagai dinding api neraka di dalam kubur...
12 - Salam....Memelihara kita di dalam kubur. ....
13 - Tertib .... Akan pertemuan kita dengan Allah swt....

uraian di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak menyukai angka 13 dan juga Hari Jum'at... Itulah sebab mengapa mereka menciptakan cerita yang begitu seram sekali...yaitu " FRIDAY the 13th "....

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah saw bersabda ....
"Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."...
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Wassalam.

Adab-Adab Membaca Al Fatihah dalam shalat...
Al Fatihah ialah kata-kata Munajat . Dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah s.w.t.

Maka sebelum itu kita perlu membaca kalimah ‘Ta’awwuz’ dengan tujuan memohon perlindungan diri dengan Allah dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah.

Kemudian kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya.

Ketika membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah mengingat makna sesudah lidah membacanya.

solat

1. Ketika kita membaca ‘Alhamdu lil-Lahi Rabbil Alamin’ kita ingat di dalam hati bahawa segala kepujian adalah hak-kepunyaan Allah kerana Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu.

Kemudian kita berhenti sejenak untuk menanti reaksi kepada pujian kita itu, seolah-olah kita dengar Allah menjawab: “ Aku telah disanjung oleh hambaKu.”

2. Bila kita membaca ‘Ar Rahmanir Rahim’ kita tekankan dalam hati bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat.

3. Ketika kita membaca ‘ Maliki Yaumid-Din’ hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di dunia. Mka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari Allah.

4. Apabila kita mebaca “Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in” ingatan kita tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya.

5. Ketika kita membaca “Ihdinas-Siratal-Mustaqim” ucapan ini adalah doa dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan sebagai hambaNya yang taat.

Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita.

Maka perlulah diulang doa dan permintaan ini, lebih – lebih lagi dalam keadaan kita yang terbaik dan paling hampir pada Allah, iaitu di dalam sembahyang.

6. Ketika kita membaca “Shiratal-lazina An’amta Alaihim” kita harus sematkan dalam ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-ornag yang telah diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di akhirat nanti.

7. Ketika kita membaca “Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin” kita memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari jalan, perbuatan dan sifat manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecendurungan mereka melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada kesesatan. Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak untuk menanti jawapan dari Allah, yang kita harap-harapkan akan berkata: “Aku beri kepada hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yang ia minta”.

Anakku tolong pindahkan kuburku....




Anakku tolong pindahkan kuburku....

Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.


Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun... namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.

Sunday, May 6, 2012

Doa Qunut Serta Bacaannya

Assaalamualaikum…

nak kongsi dgn korang Doa Qunut ni…so.. mudah-mudahan dapat la pahala lebih bila ada qunut semasa solat subuh…
 
Maksudnya:-
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Bacaan Dalam Rumi
Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Wa-astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Ok kat bawah ni disertakan video bacaan doa qunut,semoga rakan-rakan sekalian menghayatinya