Laman web Daymohk telah menyiarkan gambar presiden Chechnya Sheikh Abdul Halim yang syahid. Pada gambar tersebut tertera Perkataan Allah yang terjadi dari aliran darahnya.
Gambar ini diambil sebaik sahaja selepas pihak musuh menemui Mayatnya elepas pertempuran di bandar Argun berakhir. Pihak musuh Masih belum mengurusi pengkebumian mayat Amir Mujahiddin itu dan mereka mendedahkannya untuk mengaibkannya.
Gambar tersebut amat menakjudkan. Selain dari wajah pemimpin Chechnya yang tenang setelah beliau mendapat syahid, terdapat perkataan Allah dalam bahasa Arab tertulis dengan darahnya di tangan asy-Syahid Sheikh Abdul Halim yang dianugerahi oleh Allah SWT sebagai seorang syuhada.
Menurut penulis laman web tersebut, di Chehnya setiap kali golongan kafir dan munafiq cuba mendapatkan mayat pejuang mujahiddin yang syahid, maka pada wajah mereka jelas terdapat tanda-tanda keredhaan kepada Allah.
Menurut laman web tersebut, beberapa orang munafiq yang mnghampiri mayatnya telah dapat mengenalpasti mayatnya dengan mudah.
‘’Lihatlah wajahnya”, terkeluar kata-kata dari salah seorang Munafiq yang terpegun melihat wajah asy-Syahid Sheikh Abdul Halim seolah-olah terdapat tanda-tanda nur pada wajahnya.
Munafiq kedua yang boleh membaca dalam bahasa Arab menjelaskan:
“Dan lihatlah pada tangannya juga. Terdapat darah yang tertulis perkataan ALLAH”.
Salah seorang dari mereka telah sempat merakamkan gambar asy-Syahid Sheikh Abdul Halim dengan menggunakan telefom bimbitnya. Mereka berdua tidak menyentuh wang (yang akan digunakan oleh Mujahiddin) yang bertaburan disamping Sheikh.
Kemudian datang sekumpulan munafiq dan kafir yang lain ke tempat terbaringnya pemimpin Chechnya
iu dan mereka mula menyelongkar mayat Asy-Syahid, mencuri wangnya dan mengambil semua barang berharga dari poketnya. Kemudian mereka mengikat mayat asy-Syahid pada kenderaan mereka dan mula mengheret mayat asy-Syahid.
Takbir...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment