Sunday, August 22, 2010
Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak 1431 Hijriah
Alhamdulillah, kita dapat menemui lagi ramadhan kali ini …. Marhaban Ya Ramadhan .Cuaca kita di Malaysia amatlah baik dalam bulan ini jika hendak dibandingkan dengan Negara2 arab dimana suhu mereka di sana lebih daripada 48°C . Di dalam Ramadhan kita kali ini banyak kita mendengar tentang pelbagai perkara buruk yang berlaku di negara kita pada kali ini . Kejadian ribut di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka sehingga mengorbankan 3 nyawa , banjir di Bazar Ramadhan Gerik, Perak dan kejadian ribut di Bazar Ramadhan ,Pahang pada hari ini seolah-olah ingin memberikan sesuatu peringatan kepada kita daripada Allah s.w.t . Apakah yang agaknya ingin Allah tunjukkan kepada kita ? Apakah hikmah di sebalik kejadian2 tersebut ? .Adakah kerana dalam kesibukan mereka , mereka lupa untuk menunaikan solat ?Wallahualam . Akhir2 ini banyak kita mendengar kes pembuangan bayi , dan ia semakin banyak pula setelah kerajaan meluluskan untuk mensabitkan kesalahan tersebut di dalam kes cubaan membunuh . Inilah yang akan terjadi sekiranya kita tidak menjalankan undang2 Allah , kita mengatakan undang2 Allah itu zalim . Sekarang Allah ingin menunjukkkan kepada kita siapa yang lebih zalim dengan kes bunuh, rogol, pembuangan bayi dan sebagainya yang berleluasa kini. Sedarlah, Allah lebih memahami hamba2 nya . Marilah kita memperbanyakkan amalan kita di bulan Ramadhan ini kerana sesungguhnya ganjarannya amatlah besar , juga berusaha untuk mendapatkan Lailatul Qadar . Wassalam …
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment