Dalam
sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala
Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur,
dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun
mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula
berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah
mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala
ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada
malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala
Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap
malam sebanyak 1000 kali.
Setelah
ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud
A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah
darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana
memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah
S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah
S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari
kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat
dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada
zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi
hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang
rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang
sama-sama kita tumpangi ini.
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
0 comments:
Post a Comment