Pages


Monday, October 3, 2011

PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".





Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.".
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Subhanallah... Maha Suci Allah... Allahu Akhbar !!!

Tuesday, November 2, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan





Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)





Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:





"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:





BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."





BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."





BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."





BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."





BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."





BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."





BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."





BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."





BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."





BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."





BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."





BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."





Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...





Sent to mailing list : 2/24/2005 10:17:31 AM





Sumbangan : osama_lade


Monday, November 1, 2010

FALSAFAH KEHIDUPAN




Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah



orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.





Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang



yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan



berjaya.





Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut



diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada



tidak bercakap langsung.





Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat



tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan.



Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang



berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang



lain berbeza pendapat dengan kita.





Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang



berhati kecil mudah berasa marah.





Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah



orang yang tidak dianggap merdeka.





Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang



putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak



akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah



dalam kesederhanaan.





Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak



bijak dan diakhiri dengan kekesalan.





Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas



suatu jangkamasa berlalu.





Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa.



Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar



biasa.





Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun,



tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000



tahun.





Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat



apa sahaja yang anda suka.





Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan



akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.





Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang



mempergunakan kita.





Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan



fikiran kamu sendiri.





Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang



lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang



lain secara sukarela.





Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan



bukannya di tangan orang lain.





Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita



sendiri.





Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau



atau marah kerana kesilapan orang lain.





Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang



lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang



kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.





Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik,



badan lakukan perkara baik.





Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang



telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan



mendengar.





Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang



lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada



diri anda sendiri.





Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang



ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya



orang yang sangat pandai.





Hadiah yang paling berharga buat teman ialah



bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.





Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara



yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap



mereka.





Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui



adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah



yang kita tujui.





Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang



lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang



memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana



musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda



buat tanpa disedari.





Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang



dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran



negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang



baik.





Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima



udara yang segar. Kita perlu berusaha



bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.





Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka



hidup adalah satu hukuman baginya.





Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat



diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling



mudah.





Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk,



manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa



merendahkan diri.





Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan



dengan orang lain.





Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian,



tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.





Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan



kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada



awan yang gelap.





Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi



sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi



sesaat.





Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak



harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang



dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.





Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta



tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup



dengan apa yang dimiliki.





Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai



keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain



adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.





Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah



mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat



berdiri lebih teguh selepas kegagalan.





Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan



bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.





Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa



menghormati orang lain.







*Tiada hakcipta terpelihara. Harap dapat



disampai-sampaikan kepada yg lain. ;-)


Saturday, October 30, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


CINTA





Apabila timbulnya masalah dalam sesuatu perhubungan, pastinya masing-masing cuba untuk mengatasinya. Ketika itulah pelbagai cara yang difikirkan. nak merayu, takut tak dilayan. nak minta maaf, takut tak dimaafkan. nak mengharapkan sesuatu, takut harapan tu akan berkecai.





susah rupanya bila bercinta. lagi susah apabila orang yang dicintai itu adalah orang yang paling bermakna dalam hidup. dan bertambah susah lagi apabila orang yang bermakna itu bakal meninggalkan kita keseorangan. hidup dah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya.



manusia yang hilang arah tujunya. insan yang hilang tempat untuk berpaut. ibarat pohon yang tiada sokongan. layu lalu terus mati tanpa



rasa belas kasihan.





apabila menyintai seseorang, perkara pertama yang paling diharapkan adalah kasih sayang daripada insan yang dicintai. selain itu, sokongan dan keprihatinan yang diperlukan dalam apa jua keadaan sekalipun terutama sekali ketika berada di saat-saat genting.





pada saat kita memerlukan seseorang yang boleh berada di samping kita di kala suka mahupun duka. insan yang kita boleh harapkan. insan yang



akan menyayangi kita lebih daripada kasih sayang yang pernah kita perolehi selama ini. kasih sayang yang tiada tolok bandingnya. dengan kasih sayang itulah, kita mampu berdiri teguh. dengan kasih sayang itu jugalah, kita mampu melawan segala dugaan, rintangan dan ujian yang bakal kita tempuhi.





kasih sayang itulah yang menjadi penawar dalam hidup kita. biar racun sekalipun yang kita telan, segalanya dapat diatasi dengan kasih sayang tersebut. begitu bermakna sekali kasih sayang itu dalam hidup kita. sekali kita mengecapinya, jangan cuba untuk melepaskannya. kerana sekali kita melepaskan kasih sayang itu, tidak mungkin kita



akan perolehi kasih sayang yang sama daripada insan lain biarpun insan itu jauh lebih sempurna daripada yang sebelumnya.





sekali insan yang hadir dalam hidup kita adalah insan yang paling kita perlukan, jangan sekali-kali melepaskannya kerana tidak mungkin kita akan



berjumpa dengan insan yang sama biarpun insan yang selepasnya dapat memberikan kita kasih sayang yang tidak terhingga. ibarat pepatah 'Patah Tumbuh Hilang Berganti'. yang tumbuh takkan sama



dengan yang patah. begitu jugalah dengan yang menggantikannya. takkan sama dengan yang hilang.





hidup di alam percintaan memerlukan pengorbanan yang besar. percintaan yang ikhlas kerana Allah S.W.T adalah percintaan yang diredhai dan diberkati, insya-Allah. namun, bukanlah bila bercinta kita sanggup mengorbankan segala-galanya.





cinta sejati memerlukan pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak. bukan dengan mengorbankan diri kerana insan yang dicintai, tetapi dengan mengorbankan hati dan perasaan kita hanya kepada insan yang kita cintai.





ketika itulah, kita sedar bahawa betapa besarnya kuasa cinta itu sendiri. lebih-lebih lagi apabila percintaan itu berlandaskan syariat dan batasan-



batasan dalam Islam. percintaan yang hanya berlandaskan nafsu dan maksiat adalah percintaan yang sia-sia. bukan setakat hilangnya maruah diri, namun hidup kita tidak dirahmati oleh Allah S.W.T (



nauzubillahi minzalik ).





bila bercinta, pastinya hidup ini begitu indah. dalam keindahan itulah, pelbagai ujian yang datang. jika kita bercinta kerana Allah, pastinya kita sedar apa yang kita lakukan. jika kita bercinta kerana nafsu, pastinya syaitan datang mengganggu.





kerana itulah, dalam tak sedar kita melakukan maksiat sekalipun hanya berpegangan tangan. mungkin bagi sesetengah manusia, itu adalah



perkara biasa. namun, dalam Islam hukumnya tetap haram dan berdosa. kita bukan sahaja dilarang daripada melakukan maksiat, tetapi kita juga dilarang daripada menghampiri maksiat.





sedarlah wahai insan. hidup ini tidak melarang untuk kita berkasih sayang, namun biarlah ada batasannya. jika kita bercinta, niatlah kerana Allah S.W.T. insya-Allah perhubungan kita akan diredhai dan diberkati seterusnya berkekalan hingga ke akhirnya.





'Bercinta dengan bunga, bunga akan jadi layu.



Bercinta dengan dunia, dunia akan rosak binasa. Bercinta dengan manusia, manusia akan mati. Bercinta dengan Allah, itulah yang kekal abadi'.





semoga Allah merahmati segala perhubungan kita. Amin...


Thursday, October 28, 2010

Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem


$7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,



Kedah,Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar



(sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada



1. Polis Bukit Aman



2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan



terpengaruh dengan Kristian ini.





Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah)



pernah menjadi paderi selama 23



tahun.En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau



sebagai paderi dikenakan 4 syarat:



1. Tidak boleh hisap rokok,



2. Tidak boleh minum arak,



3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah,



4. Tidak boleh kahwin.





Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang



menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat



dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad Dalam



pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu



Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.





PENGUMUMAN



HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA Sabda Rasulullah SAW:



"Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu



amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati



Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan



yang besar."





Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yg paling



ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja



kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Keduanya,



kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes



murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat



banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun. Pada minggu



lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja



perempuan berusia 15 tahun yg bersekolah di sebuah sekolah di Puchong.



Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dgn seorg yg



berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja



perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg



diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya



di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan oleh dua orang paderi



wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut.



Remaja-remaja tersebut diatas sekarang berada di Ulu Yam untuk pemulihan



akidah. Kalau kita semua boleh recall, pada beberapa tahun lepas, terdapat



seorg paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di



sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke



Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan



pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih



ramai warga Melayu di sini.





Terdapat satu kes; recently; dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan



seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut



membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yg



tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan



yg pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi



tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dgn nama yg jelas



bukan nama seorg penganut Islam. Jabatan Agama Islan dgn kerjasama Perkim



telah berjaya membawa 'lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan



ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah



keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan



dikacau oleh si'claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang



dipulihkan.





Di Kedah yg suatu ketika dahulu sibuk dengan Black Metal , kini terdapat



kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga



terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah



menolak kepercayaan kepada Allah. Cara mereka men'declare'kan diri mereka



free-thinker adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran.



Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki



akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil



mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan



titisan darah mereka kedalam gelas yg telah bercampur dgn darah



kambing kalau tak silap). Kemudian minum. Manakala kumpulan perempuan pula,



modus operandi utk mengesahkan mereka bukan lagi Islam, ada sedikit



kelainan. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan



al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka



melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yg koyak



tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah



berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan. Jabatan Agama



Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli yg hanyut itu.





Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman saya



sendiri. Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu



dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an.



Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari Muar.



Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus,



beliau pernah ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke US atas "Young



Lecturer Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg



tidak baik berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun



bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah



syarikat guaman yg terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah



yg sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat



guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian. Setelah



berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari



saya; dan terakhir yg saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan



dan menjadi seorg penganut Kristian yg setia; rajin ke gereja dan



menghayati Bible .





Tujuan saya bukan utk mengaibkan dia, tetapi untuk kita jadikan sempadan.



Kisah Aisyah Bukhari dan kawan saya ini mempunyai persamaan; good religious



foundation but got carried away. Missionary agama lain sungguh kuat dari



segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang. Dulu, mereka



menggunakan issionary mereka dgn cara berbuat baik, mengambil hati,



bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg dijadikan



mangsa; kurang pasti cara mereka tackle. Pinta penceramah semalam, agar



dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik



untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yg mampu atau yg sudi



menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yg



berkenaan kerana



bantuan yg diterima tidak mencukupi. Dgn caruh dgn adanya sumber kewangan



yg kukuh.





P/S:Tolonglah 'forward'kan e-mail ini kepada sahabat-sahabat kita.



Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun



dakyah kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita



sendiri.INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati!





INI ADALAH HANYA SEBAHAGIAN DARI KISAH REMAJA MELAYU KITA YANG



MURTAD....TERDAPAT RAMAI LAGI YANG SUDAH TERPESONG AKIDAH



MEREKA........Sekarang aku mintak kawan² semua tolong fowardkan email ni



pada seberapa ramai saudara² seagama kita semoga ia menjadi ikhtibar &



peringatan... untuk manfaat bersama.


Wednesday, October 27, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


Kelalaian Dalam Mendidik Anak





Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)





Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.





Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?





Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."





Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."





Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.





Kelalaian pertama : Kurang berdoa



A. Kurang berdoa semasa mengandung.



Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :



- Saidul (penghulu) Istighfar



- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)



- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)



- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)





B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.



Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :



- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)



- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)



- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.





Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)



Ajaran tarhib antara lain seperti :



- menakutkan anak-anak dengan sekolah.



- menakutkan dengan tempat gelap.



- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.



- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.





Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.



- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak



- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.





Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.



- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).



- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.





Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual.



Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.





Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak.



Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.





Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."





Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)





Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.



Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.





Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.



Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.





Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.



Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.





Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.



Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.





Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.



Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.





Sumber: light of islam



Org yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sdri.


Tuesday, October 26, 2010

Koleksi Artikel myMasjid ..


Erti Bahagia...





Assalamualaikum wbt ....





(maaf kalau topik ni pernah d'siarkan)





Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang malu mengakuinya. Sebenarnya sebuah perkahwinan..



tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula





Syurga rumahtangga itu fitrah hati



Naluri semulajadi yang pinta diisi



Kerananya jejaka rela menjadi suami



Kerananya perawan rela menjadi isteri



Masing-masing dengan harapan



Agar rumahtangga membawa kebahagiaan





Matlamat yang satu tapi jalannya berliku



Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza



Lalu bermacamlah jalan ke sana





Ada yang mengatakan



Bahagia itu pada harta



Diukir dari intan permata



(Gah , suamiku seorang jutawan)





tidak kurang merasakan



bahagia itu pada rupa..



Ditempa oleh wajah rupawan



(Wah, isteriku seorang celeberity)





ramai juga yang merasakan



bahagia itu pada kuasa



dituai oleh pangkat dan jawatan



(Wah, suamiku seorang negarawan)





pelbagai jalan menimbulkan dilema



mencari yang benar mempelai tersasar



kalaulah bahagia itu pada harta



kalaulah bahagia itu pada nama



kalaulah bahagia itu pada rupa



kalaulah bahagia itu pada kuasa



kenapa Charles dan Diana berpisah



kenapa Elvis dan Priscilla berpecah



kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.





Bahagia itu dari dalam hati



Kesannya zahir rupanya maknawi



Terpendam bagai permata dalam hati



Terbenam bagai mutiara disalut nurani





Bahagia itu pada HATI



Bertakhta di kerajaan diri



Bahagia itu pada JIWA



Mahkota di singgahsana rasa



Bahagia itu KESABARAN



Bila susah tak gelisah



Bila miskin tak pemarah



Bila gagal tidak resah



Oh, suamiku,inalillah....





Hakikatnya bahagia itu ketenangan



Bila hati mengingati tuhan



Firman Allah:



Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi



ketenangan pada hati



suami isteri sama-sama mengerti



maksud tersemi takdir ilahi



itulah zikir yg hakiki.





Binalah rumahtangga atas tapak iman



Tuluskan niat luruskan matlamat



'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'



'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'



penyeri Islamku nanti



muktamadlah akad sahlah nikah



dengan nama Allah



gerbang perkahwinanpun terserlah





Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan



Iman itu tujuan



Syariat itu jalan



Tempat merujuk segala permasalahan



Tempat mencari semua penyelesaian



- isteriku, taatilah suamimu dan hukum Allah....



- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w





Binalah hidup di neraca maaruf



Rumah jadi sambungan madrasah...



Seninya kerana solat...



Indahnya oleh munajat



Tapaknya ...iman



Jalannya ....syariat



Natijahnya.....akhlak



Tiga penjamin segala



kunci kebahagian rumahtangga



dan terciptalah:



'setia dan penyayang suami'



'cinta dan kasih isteri'



lalu berbuahlah



mahmudah demi mahmudah



yang melahirkan.....



Soleh dan solehah.





Semoga Allah melimpah



Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...